top of page
  • newsatmy

Armada JB berganding bahu dengan NGO Pemuda Negara

31 Januari 2021

JOHOR BAHRU – Buat kali pertama Armada Bahagian Johor Bahru berganding bahu bersama NGO Pemuda Negara Johor mengadakan program bantuan kepada keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19.


Gabungan dua anak muda ini adalah inisiatif yang dibincangkan bersama dengan tujuan memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat.


Naib Ketua Armada Bahagian Johor Bahru, Zarief Halid berkata program gabungan ini adalah untuk memberi bantuan kepada anak muda yang terkesan akibat COVID-19 dan program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.


Seramai 20 penerima anak muda diberi bantuan dari segi keperluan asas untuk mereka yang memerlukan di sekitar Johor Bahru.


Program ini juga disertai oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian Johor Bahru bagi melihat dan dapat memberi sokongan penuh kepada program berkenaan.


Ketua Pemuda Negara Negeri Johor, Saiful Bahari berkata inisiatif ini diambil setelah menerima aduan golongan belia dia Johor juga memerlukan bantuan.


“Program bersama Armada tidak akan terhenti di sini dan kami akan terus memberi khidmat kepada masyarakat”. Kata Saiful.

bottom of page