top of page
  • Writer's pictureNihaba

Armada Johor Desak Kerajaan Tubuh GLC Tingkatkan Bekalan, Stabilkan Harga Makanan

30 November 2021

JOHOR BAHRU: ARMADA Johor kesal peningkatan mendadak harga barangan makanan begitu drastik yang melampau tanpa memikirkan nasib rakyat yang kini dalam proses pemulihan ekonomi diri dan keluarga.


Ketua Armada Bersatu Johor, Mohd Shamsudin Paijan berkata, peningkatan harga barangan makanan dan produk lain dilihat seperti tiada penguatkuasaan dan pemantauan pihak kerajaan dalam menangani isu ini.


Beliau berkata, umum mengetahui bukan sahaja barangan naik, tetapi harga sayuran dan minyak masak juga dilihat mengalami peningkatan yang tidak masuk akal.


“Armada Johor tegas supaya Kerajaan akan terus memastikan masalah dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan. Pihak Kerajaan juga digesa menyiasat dan menubuhkan ‘ task force ’ atau pasukan petugas dengan kadar segera bagi mengetahui punca kenaikan melampau ini sehingga mencecah 200% peratus.


“Kerajaan juga perlu meneliti semula struktur dan kelemahan agensi-agensi pertanian di negara inidengan meluaskan peranan sebagai penyimpan stok dan pengedaran bagi menstabilkan bekalansekali.”


Shamsudin berkata, oleh sebab itulah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sama ada Persekutuan atau Negeri perlu ditubuhkan bagi menceburi bidang penghasilan input pertanian, pengeluaran makanan pengguna dan makanan ternakan yang strategik bagi menstabilkan bekalan dan mengelakkan tekanan harga pasaran.


“Penubuhan GLC ini seiring dan menepati dengan Dasar Sekuriti Makanan Negara dan mampu mengurangkan beban kewangan negara yang terpaksa mengimport bahan makanan dengan nilai puluhan.


“Penubuhan GLC juga akan mendorong kepesatan penggunaan teknologi tinggi seperti sistem automasi, robotik serta dron dalam operasi sektor itu di samping mewujudkan peluang-peluang baharu pekerjaan untuk rakyat tempatan.”


Katanya lagi, penubuhan GLC juga secara langsung akan menjadi pemangkin pertumbuhan pelbagai perkhidmatan, perusahaan dan perniagaan bagi menyokong industri tersebut yang turut mewujudkan peluang pekerjaan.


30 November uhan GLC juga akan menamatkan monopoli dan manipulasi orang tengah walaupun negara mengamalkan dasar pasaran bebas, menurutnya dalam satu kenyataan.

bottom of page