• newsatmy

ARMADA Johor – Perlantikan Ketua Kampung Negeri Johor Berpihak kepada 1 Parti Sahaja

JOHOR : Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Johor, Encik Muhammad Shamsuddin Bin Paijan dalam sidang media hari ini menyatakan ketidakpuasan akan perlantikan ketua-ketua kampung di seluruh Negeri Johor, menurut beliau perlantikan ini tidak adil dan sememangnya hanya memihak kepada satu parti sahaja.


Menurut beliau “Hal ini menunjukkan YAB Dato' Hasni Mohamad selaku Menteri Besar Johor langsung tidak mendukung kebersamaan dalam Perikatan Nasional yang beliau sendiri pernah laungkan sebelum ini untuk memberi hak kesamarataan bersama parti komponen dalam kerajaan Perikatan Nasional yang memimpin Negeri Johor ketika ini”


Tambah beliau lagi “ARMADA Johor percaya YAB Menteri Besar Johor adalah seorang yang berjiwa besar dan berpegang kepada janji. ARMADA Johor menantikan satu penyelesaian yang tegas, bijak dan harmoni dalam memastikan agenda memperkasa masyarakat secara holistik dapat dicapai”


Melalui maklumat yang di terima sememangnya ramai yang tidak berpuas hati dengan perlantikan ini, apa yang dikatakan oleh Encik Shamsuddin ini mendapat sokongan ramai orang termasuk penduduk setempat. Kebanyakkan ketua kampung yang dilantik datangnya dari parti UMNO sahaja, tetapi parti lain yang ada dalam gabungan Perikatan Nasional tidak dilantik seadilnya. – PN ONLINE

Muhammad Shamsuddin Bin Paijan

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.