top of page
  • newsatmy

Armada Nasional sokong perkasakan TV Pendidikan

29 Januari 2021

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu menyambut baik serta mengucapkan terima kasih atas usaha dan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasakan TV Pendidikan.


Baru-baru ini, KPM telah menambah slot program TV Pendidikan dalam DidikTV@NTV7 khusus untuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.


Exco Armada Bersatu Nasional (Pendidikan), Muhammad Zikri Zulkifli berkata, tambahan slot TV Pendidikan ini pasti akan lebih membantu calon-calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan mulai 22 Februari 2021.


“Kami dari Armada Bersatu berharap agar calon-calon SPM dapat mengambil manfaat dari inisiatif yang telah ditambah baik oleh KPM ini.


“Usaha ini jelas menunjukkan usaha KPM yang mahu melahirkan calon-calon yang cemerlang dalam bidang akademik.” Katanya.

bottom of page