top of page
  • newsatmy

Arsenal kena bedil di Goodison Park

7 Disember 2021

EVERTON meredakan tekanan ke atas pengurus Rafa Benitez selepas The Toffees meraih kemenangan 2-1 ke atas Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park.


Bagaimanapun skuad Benitez terlebih dulu ketinggalan pada babak pertama hasil jaringan Martin Odegaard pada penghujung masa kecederaan.


Penyerang Brazil Richarlison yang sebelum itu dua jaringan dibatalkan akibat ofsaid meledak gol penyamaan pada minit ke-79 sekali gus mengubah tempo kedua-dua pasukan.


Demarai Gray akhirnya menterjemahkan kemenangan kelima liga Everton dalam sembilan perlawanan terakhir apabila meledak jaringan masa kecederaan minit ke-92.


Keputusan itu menyaksikan Arsenal kekal di kedudukan ketujuh dengan 23 mata daripada 15 perlawanan, empat mata di luar kelompok empat teratas, manakala Everton, yang mengumumkan pemergian pengarah kelab itu, Marcel Brands naik ke tangga ke-12 dengan 18 mata.



Artikel asal di Sinar Harian

bottom of page