top of page
  • newsatmy

Arsenal tolak tawaran pengasas Spotify

16 Mei 2021

PENGASAS Spotify mengesahkan pada Sabtu tawarannya untuk membeli Arsenal ditolak kelab berkenaan.


Menurut Daniel Ek, dia menghormati keputusan pengurusan The Gunners namun minatnya terhadap kelab itu masih kekal.


"Minggu ini, tawaran telah dibuat kepada kedua-dua Josh Kroenke (pemilik kelab) dan bank mereka, yang termasuk pemilikan peminat, kedudukan dalam lembaga pengarah dan habuan lumayan untuk penyokong.


"Mereka membalas mengatakan mereka tidak mahu wang itu. Saya hormat keputusan itu tetapi masih tetap berminat dan bersedia sekiranya mereka mengubah fikiran," kata Ek menerusi Twitter.


Ek dilaporkan mempunyai aset bernilai ASD4.7 bilion.


Selain Ek, turut sama dalam pasukan membida Arsenal adalah pemain lagenda kelab itu, Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Vieira.


Hasrat Ek membeli Arsenal dinyatakan selepas cadangan penganjuran Liga Super Eropah (ESL) terkubur.


Peminat Arsenal dilaporlkan membantah tindakan pemilik kelab kerana berhasrat menyertai ESL.


Sementara itu, keluarga Kroenke menegaskan, pihaknya kekal komited dengan The Gunners dan tidak akan menjual sebarang kepentingan.


-Astro Awani

bottom of page