top of page
  • newsatmy

Astro dan 6 lagi syarikat tersenarai dalam portfolio ESG terbaik UOB Kay Hian

31 Mac 2021

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd, Axiata Group Bhd, CIMB Group Holdings Bhd, Inari Amertron Bhd, My EG Services Bhd (MYEG), Sunway Bhd, dan Yinson Holdings Bhd diiktiraf sebagai portfolio Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) terbaik dalam kategori pandemik COVID-19.


Menurut laporan The Edge yang memetik penganalisis UOB Kay Hian, selain melihat kepada portfolio ESG bagi setiap syarikat, pihak penyelidikan turut beri tumpuan terutamanya kepada pertumbuhan asas berdasarkan prospek pertumbuhan dan penilaian syarikat.


Jelas laporan itu, untuk penilaian dengan komponen ESG, pihaknya telah memilih pilihan utama dari konstituen FTSE4Good.


"COVID-19 telah meningkatkan aspek ESG menjadi lebih terkenal. Isu ESG telah mendapat banyak perhatian ketika pandemik COVID-19 yang mendorong kerajaan dan syarikat perniagaan untuk lebih fokus pada sektor seperti penjagaan kesihatan dan ruang hijau, hubungan melalui internet, serta pekerjaan dan peluang pendidikan.


"Walaupun pihak penyelidikan kami bersetuju dengan pandangan konsensus bahawa hanya mematuhi ESG tidak semestinya meningkatkan penilaian saham atau prestasi saham.


“Kami melihat bahawa beberapa syarikat dengan carta ESG yang tinggi dan pertumbuhan pendapatan yang membawa hasil prestasi saham yang lebih baik dan berdagang secara lebih eksklusif berbanding dengan syarikat lain," jelas mereka.


Laman web FTSE Russell menunjukkan bahawa FTSE4Good Index Series diwujudkan khas untuk menilai prestasi syarikat yang menunjukkan amalan portfolio ESG yang kuat.


Pengurusan yang telus dan kriteria ESG yang ditentukan dengan jelas menjadikan indeks FTSE4Good alat yang sesuai untuk digunakan oleh pelbagai pemain pasaran ketika membuat atau menilai produk pelaburan lestari, menurut FTSE Russell.


Penganalisis UOB Kay Hian pada masa sama memaklumkan bahawa dana lestari akan terus mendapat perhatian pengurus aset dan pelabur dengan penumpuan kesinambungan dan trend mega dalam pelaburan.


UOB Kay Hian turut akan memberikan komennya mengenai isu-isu berkaitan ESG dalam laporan masa depannya.


- Astro Awani


bottom of page