• cik skod

Astro menang 15 kategori di Asian Academy Creative Award


KUALA LUMPUR,5 OKT: Astro berjaya merangkul anugerah dalam 15 kategori di Asian Academy Creative Award sekaligus melayakkan diri bertanding di Grand Awards pada 7 dan 8 Disember.


Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Beto Kusyairy untuk drama bersiri Scammer 2 yang ditayangkan di Astro Ria.


Manakala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi Nadhir Nasar dalam drama bersiri Nusyuz Berkiblat Cinta di Astro Ria.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Nad Zainal dalam Dendam Seorang Isteri yang disiarkan di Astro Prima, sementara Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dirangkul oleh Shaza Bae dalam Nusyuz Berkiblat Cinta tayangan di Astro Ria.


Bagi kategori karya Adaptasi Terbaik Format Sedia Ada dimenangi oleh Star Vs Food Malaysia yang ditayangkan di Creative Stew / Discovery /Astro. Rancangan yang sama turut memenangi kategori Pengarahan Terbaik (Bukan Fiksyen).


Satu lagi kategori dimenangi Astro adalah Program Atau Siri Jenama Terbaik dimenangi oleh Julia Secret Recipe Astro Gempak.


Astro juga mengukir kemenangan dalam kategori Persembahan Komedi Terbaik melalui Dukun Diva terbitan Astro Shaw.


Astro juga menang Siri Documentari Terbaik menerusi This Is My Generation tayangan Astro AEC.


Bagi kategori Pembentang Fakta Terbaik dimenangi Boey Leong Poh Yee dalam Tell You Law, dan program yang sama turut memenangi anugerah dalam kategori Program Infotainment Terbaik.


Manakala kategori Program Hiburan Am, Permainan Atau Kuiz Terbaik dirangkul oleh All In To Win Astro Malaysia.


Program Gaya Hidup Terbaik dimenangi Best.Ever. Trifecta Collective / Discovery Channel / Astro Primetime.


Untuk Program Muzik Atau Tarian Terbaik dimenangi Big Stage S4 (2022) Astro Ria, manakala Hiburan Bukan Skrip Terbaik dimenangi Star Vs Food Malaysia oleh Creative Stew Discovery / Astro.


Kategori lain Promo Atau Trailer Terbaik dimenangi iTANGGANG : Mother Of All Lies oleh Astro Shaw.