• Arissa Azman

AT&S Pilih Malaysia

15 Jun 2021

Baru-baru ini, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mohamed Azmin Ali bersama Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan mesyuarat secara maya bersama Encik Andreas Gerstenmayer, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Austria Technologie & Systemtechnic AG (AT&S) serta pengurusan tertinggi dari syarikat tersebut.


AT&S merupakan syarikat pengeluar utama dunia bagi produk high-end printed circuit boards (PCB) dan integrated circuit (IC) substrates, telah bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM8.5 bilion ke dalam negara.


Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Encik Andreas Gerstenmayer bahawa pelaburan AT&S akan melibatkan pembangunan fasiliti perkilangan mereka yang pertama di Asia Tenggara iaitu di Kulim High Technology Park (KHTP), Kedah.


Pelaburan tersebut dijangka akan bermula pada separuh tahun kedua tahun ini, termasuk aktiviti komersial yang dijangka bermula pada tahun 2024.


Dalam masa yang sama, YAB Perdana Menteri turut menyambut baik terhadap keputusan syarikat AT&S untuk melabur di Malaysia kerana ia merupakan salah satu projek pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke negara di bawah Skim Galakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).


Malah, ia dijangka dapat menjana 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.


Oleh itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan mamantau perkembangan pelaksanaan projek tersebut demi memastikan ia berjaya dan berjalan dengan lancar.




--PN Online