top of page
Writer's pictureArissa Azman

Atlet Paralimpik Jong Yee Khie Raih Pingat Perak Bagi Kategori Powerlifting Lelaki 107kg

31 Ogos 2021

Atlet paralimpik Malaysia, Jong Yee Khie berjaya raih pingat perak bagi kategori powerlifting lelaki 107kg hari ini di Paralimpik Tokyo 2020!


Jong Yee Khie berusia 32 tahun dan berasal dari Kuching ini bawa pulang pingat perak selepas berjaya mengangkat berat 237kg sebentar tadi.


Untuk pengetahuan korang, ini merupakan pingat kedua untuk Malaysia dari atlet paralimpik selepas Bonnie Bunyau Gustin berjaya meraih pingat emas bagi kategori powerlifting lelaki 72 kilogram sekaligus memecahkan rekod dunia paralimpik Sabtu lalu.


Menurut Astro Awani, pingat kedua bagi Malaysia ini telah dijangka selepas atlet yang juga merupakan pendandan rambut dari Batu Kawa ini berjaya memenangi pingat perak di Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu pada Jun lalu.


Selain itu, Jong juga berjaya menebus kekalahannya selepas menang tempat ke-7 bagi kategori powerlifting lelaki 97kg di Paralimpik Rio de Janeiro pada tahun 2016 lalu.


Manakala atlet paralimpik dari Mongolia, Enkhbayar Sodnompiljee telah memenangi pingat emas selepas berjaya mengangkat berat sebanyak 245kg.

Comments


bottom of page