• newsatmy

Audio tular: Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai - Sindir Anwar

12 April 2021


SEREMBAN: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai seorang 'pakar audio dan video' sehingga dapat mengenal pasti audio tular yang mengaitkan beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai sahih.


Beliau memberi reaksi terhadap komen bekas setiausaha sulitnya itu yang pada Ahad berkata beliau yakin rakaman audio, didakwa mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid adalah tulen.


“Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai,” sindirnya ringkas dalam satu sidang media mengumumkan kemasukan tokoh-tokoh agamawan ke dalam PKR di sini hari ini.


Pada Ahad Azmin berkata beliau yakin audio tular yang mengaitkan Anwar Idan Ahmad Zahid adalah sahih.


Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya. -Astro AWANI