top of page
newsatmy

Ayob Khan dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman

25 Disember 2021

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Ayob Khan menggantikan Datuk Razarudin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang akan bersara esok.

Ketua Polis Kedah, Asisten Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor yang baharu.


Ayob Khan yang berusia 55 tahun dilantik menjadi Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan begitu popular kerana pelbagai pembaharuan dan kejayaan dicapai di negeri ini.

Beliau juga dikenali dengan ketegasannya termasuk mengambil tindakan terhadap anggota polis yang terlibat salah laku dan jenayah.


Sebelum menjadi Ketua Polis Johor, Ayob Khan merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Comments


bottom of page