top of page
  • Writer's pictureNizam

Azam disapina untuk hadir mesyuarat PSC Rabu depan

13 Januari 2022

Satu sapina telah dikeluarkan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki untuk hadir ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari ini.

Ia berhubung dakwaan pemilikan saham Azam dalam dua buah syarikat sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.


Di bawah Seksyen 16 Akta tersebut, Majlis dan mana-mana jawatankuasa yang diberi kuasa sewajarnya dengan perintah Majlis untuk memanggil orang-orang, dokumen, atau kertas, boleh memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapan Majlis atau di hadapan jawatankuasa itu, dan mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod, atau dokumen dalam milikan atau di bawah kawalan orang itu.


Sementara itu, seorang ahli PSC, William Leong, berkata laporan PSC akan dibentangkan di Dewan Rakyat selepas siasatan berhubung pemilikan saham Azam selesai.

Leong yang juga ahli parlimen Selayang dari PKR berkata, sebarang cadangan berkaitan pemilikan saham itu hanya boleh dilakukan selepas siasatan.

“Laporan jawatankuasa dibentang di Dewan Rakyat kepada semua ahli Parlimen dan rakyat boleh mendapat maklumat daripada laporan berkenaan,” kata Leong kepada Sinar Harian semalam.


Azam menjadi bualan baru-baru ini selepas timbul dakwaan bahawa dia memiliki saham dalam dua syarikat pada 2015.

Menurut laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam merupakan pengarah bahagian siasatan SPRM.


Ahli parlimen pembangkang menuntut isu melibatkan pemilikan saham Azam dirujuk kepada jawatankuasa parlimen kerana badan pemantau SPRM gagal menangani isu itu dengan sewajarnya.

Desakan ini dibuat selepas Abu Zahar membersihkan Azam daripada sebarang salah laku pada 5 Januari lalu.

bottom of page