• newsatmy

Azlan Hashim Pengerusi TM baharu

13 Julai 2021

Datuk Mohammed Azlan Hashim dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM) baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini.


Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang meletakkan jawatan selepas dilantik sebagai Pengerusi Petronas.


Menurut satu kenyataan media, syarikat telekomunikasi itu memaklumkan, pelantikan Mohammed Azlan yang merupakan tokoh korporat terkemuka diharap dapat memacu pertumbuhan syarikat dengan lebih baik.


“Beliau juga adalah Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


“Beliau membawa bersama pandangan meluas industri dan komersial, yang akan mempertingkat dan memperkaya kepakaran keseluruhan lembaga pengarah.


“Kami berharap kepada bimbingan, nasihat dan kepimpinan Datuk Azlan dalam syarikat meneruskan perjalanan transformasinya serta fasa penciptaan pertumbuhan dan penciptaan nilai yang berikutnya,” ujar kenyataan itu.


Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin mengumumkan pelantikan Bakke sebagai Pengerusi Petronas bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh yang dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad.