top of page
Writer's pictureArissa Azman

Azwan Omar menuju ke Pahang, digelar Wira banjir

25 disember 2021

Sejak kejadian bencana banjir yang berlaku di seluruh negara pada Sabtu lalu, pelbagai kisah tular di media sosial menyentuh hati orang ramai.


Nama Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ menjadi perhatian di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang untuk menyelamatkan mangsa banjir.Nama Azwan Omar kini berlegar di media sosial dek kerana sikap baik hatinya yang sanggup turun dari Melaka ke Selangor demi membantu mangsa banjir yang di dalam kesusahan.


Hanya berbekalkan RM50 dan bot yang dimilikinya, kisah Azwan mendapat perhatian ramai sehingga dia digelar sebagai ‘Wira Banjir’.


Selepas selesai misi bantuan di Selangor, Azwan kini katanya dalam perjalanan menuju ke Pahang pula bagi membantu mangsa di sana.


Netizen menerusi update beberapa posting di media sosial mengesahkan bahawa Azwan kini berada di Bera, Pahang dalam misinya menyelamatkan mangsa banjir di sana.

Comments


bottom of page