top of page
  • newsatmy

“Back To School Parlimen Tanjung Piai” Bantu Lebih Dari 800 Pelajar

Mohamad Kasir

PONTIAN : Sejumlah RM60,000.00 telah disumbangkan oleh Malakoff Corporation Berhad untuk membantu para pelajar yang akan menjalani sesi persekolahan bagi tahun 2021 di Parlimen Tanjung Piai.


Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tn Hj Mazlan Bin Bujang Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor. Turut hadir wakil dari Malakoff Corporation Berhad Encik Mohd Kopli bin Yunus dan Pemangku Tugas Pegawai Pendidikan Daerah Pontian Encik Zaidi bin Ahmad.


Menurut Encik Mohd Kopli Yunus “Selagi kami bertapak di sini ,In Sha Allah kami akan cuba memberikan bantuan kepada masyarakat sekitar sebagai salah satu usaha kami untuk membantu meringankan bebanan mereka kerana kami telah menjadi sebahagian dari masyarakat disini dan mereka juga sebahgian dari keluarga besar kami”


“Kami percaya pelaburan terbaik atau titik mula yang paling ampuh untuk mengubah nasib masyarakat adalah melalui pendidikan”


Dalam ucapan Yb Tuan Hj Mazlan bin Bujang, beliau berkata “Sumbangan yang dibuat oleh pihak Malakoff ini amat bermakna buat semua para pelajar yang bakal menjalani sesi persekolahan tahun ini, tahniah kepada penyelaras program Tuan Hj Salim dan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian atas usaha hebat ini”


Menurut Encik Zaidi Ahmad “Terdapat pertambahan jumlah pelajar disekolah-sekolah seluruh daerah Pontian berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh ibu bapa yang berpindah pulang ke kampung berkemungkinan disebabkan oleh kehilangan pekerjaan dan sebagainya, oleh itu sumbangan ini pasti akan memberikan keceriaan kepada anak-anak yang anak memulakan sesi persekolahan nanti”




bottom of page