top of page
  • newsatmy

Bad and Crazy Bakal Menjadi Penutup Tirai 2021

16 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Siri drama Korea baharu iQiyi yang amat dinanti-nantikan, Bad and Crazy bakal menjadi penutup tirai 2021. Tayangan perdana siri ini bakal disiarkan pada 17 Disember jam 9.50 malam (waktu Malaysia) di 191 wilayah di serata dunia melalui www.iq.com. Dalam satu sidang media sempena pelancaran global siri drama ini yang telah berlangsung kelmarin, barisan pelakon utama siri drama ini telah mendedahkan rahsia di sebalik tabir penggambaran.


Siri drama ini diterbitkan oleh syarikat produksi yang telah menjayakan drama popular The Uncanny Counter, dibintangi oleh dua jejaka idaman Lee Dong Wook dan Wi Ha Jun, serta Han Ji Eun dan Cha Hak Yeon. Di dalam sidang media tersebut, mereka telah berkongsi pandangan tentang watak yang digalas, aspek keserasian di antara mereka di set penggambaran serta berkongsi tentang perkara paling “gila” yang pernah mereka lakukan di dalam hidup mereka.


Lee memegang watak Ryu Su Yeol, seorang inspektor polis yang bercita-cita tinggi manakala Wi pula membawakan watak ‘K’, seorang pemuda yang gila-gila tetapi berpegang kepada etika dan berani untuk menegakkan kebenaran. Han memegang watak, Lee Hui Gyeom iaitu seorang pegawai narkotik yang panas baran, berani dan mahir bertumbuk. Cha pula memegang watak O Gyeong Tae, seorang pegawai polis muda yang baik hati, berani dan sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi mencabar.


Bad and Crazy menjanjikan sebuah drama menghiburkan yang sarat dengan aksi, komedi gelap, babak-babak cemas dan penyiasatan jenayah. Tayangan perdana siri drama ini adalah pada 17 Disember, dengan episod baharu yang bersiaran secara serentak dengan Korea Selatan pada setiap Jumaat dan Sabtu pada jam 9.50 malam (waktu Malaysia) serta di 191 wilayah di serata dunia melalui aplikasi iQiyi dan www.iQ.com.

bottom of page