• Arissa Azman

Bagaimana PEMERKASA+ Membantu Rakyat?

15 Jun 2021

Kewujudan COVID-19 telah memberi impak kepada kehidupan seharian kita daripada segi aktiviti harian, kesihatan mahupun ekonomi.


Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan telah mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA Plus untuk meringankan bebanan yang dihadapi rakyat.


RM1 bilion untuk kesihatan awam.


Azmin berkata, kerajaan akan menambah peruntukan RM1 bilion bagi memastikan sistem kesihatan beroperasi dengan berkesan. Dalam peruntukkan ini, RM450 juta adalah untuk meningkatkan kapastiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19 manakala RM550 juta disediakan untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan pengurusan menangani krisis COVID-19.


RM2.1 bilion untuk Bantuan Prihatin Rakyat.


Jumlah ini bertujuan menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sedia ada.


Kadar BPR tambahan sebanyak RM500 akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, tambahan RM300 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 dan golongan bujang akan menerima RM100.


Geran Khas Prihatin (GKP) tambahan kepada RM1,500 untuk perusahaan kecil sederhana (PKS).


Demi memastikan kelangsungan perniagaan, kerajaan akan membantu khususnya PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka.


Dimaklumkan, kadar GKP akan ditambah sebanyak RM500 kepada RM1,500.


Ini bermakna hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima dana tambahan ini pada bulan Julai.


Dengan adanya PEMERKASA Plus ini, diharap ia akan dapat membantu rakyat mendepani cabaran COVID-19 dan mampu meneruskan kelangsungan ekonomi mereka serta menjamin kesihatan yang lebih baik.



--PN Online