• newsatmy

Bajet 2020;RM20 juta buat pembangunan e-Sukan

30 Oktober

KUALA LUMPUR – Bagi merancakkan pertumbuhan e-Sukan dalam kalangan anak muda, kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan e-sukan kebangsaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu termasuk RM5 juta untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Dron.


Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga bercadang untuk memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan bagi mereka yang layak.

Katanya, hal itu bagi mengiktiraf pencapaian atlet e-Sukan kelahiran Malaysia yang telah mengharumkan nama negara dengan berjaya meraih pencapaian cemerlang di kejohanan antarabangsa di Romania baru-baru ini.