top of page
  • Writer's pictureNihaba

Bajet 2022: Johor ‘reset’ kaedah pendidikan, kata MB

9 November

JOHOR BAHRU: Johor akan memulakan semula atau “reset” kaedah pendidikan di negeri itu dengan meletakkan sektor berkenaan dan modal insan sebagai tumpuan utama dalam Bajet Johor 2022.


Menteri Besar Hasni Mohammad berkata, negeri itu akan memberi fokus terhadap usaha melestarikan pendidikan dan latihan kemahiran untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan serta berkemahiran tinggi.

Katanya, sesi pembelajaran perlu dimulakan segera kerana tertangguh akibat pandemik Covid-19.


“Kita tahu bahawa ramai anak-anak kita tidak dapat ke sekolah, ramai juga yang terganggu pembelajaran mereka oleh kerana sama ada kekangan ekonomi keluarga ataupun oleh kerana sistem pendidikan yang diperkenalkan dalam waktu kita menghadapi pandemik itu sukar untuk dilaksanakan.

“Maka, atas dasar itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan kita dapat mengembalikan semula, memulakan semula atau ‘reset’ balik kaedah pendidikan kita secepat yang mungkin,” katanya pada majlis anugerah Hari Guru peringkat negeri semalam.

Tambah beliau, Johor perlu mempunyai modal insan berkemahiran tinggi dalam memastikannya menjadi sebuah negeri yang penting dalam negara.


Pada 25 Okt lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 memutuskan Johor boleh beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).







bottom of page