top of page
  • admin

Bajet 2023: Ambil kira aspek rakyat, perniagaan dan ekonomi


KUALA UMPUR, 28 Sept- Proses pembentangan Bajet 2023 dilakukan dengan teliti agar tidak tercicir dalam mengambil kira aspek rakyat, perniagaan dan ekonomi.


Menurut Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Datuk Shahrol Anuwar Sarman, ini dilakukan dengan pelbagai proses termasuk libat urus dengan semua pihak berkepentingan, iaitu melibatkan pelbagai agensi dan kementerian, diikuti sesi konsultasi di semua peringkat bagi mendapatkan pandangan yang menyeluruh.


Menurut Sharol, kira-kira 190 sesi libat urus telah dilakukan setakat ini bagi mendapatkan maklum balas setiap kumpulan sasaran.


"Pegawai-pegawai ini dalam bulan Mei akan melibatkan urus secara intensif dengan kementerian masing-masing. Kerana mereka akan menjadi suara untuk membawa ke Kementerian Kewangan berapa untuk tahun itu peruntukan yang perlu disediakan dan sebagainya", katanya dalam program Bicara Naratif di TV1.


Menurut Shahrol lagi, melalui portal berkaitan Bajet 2023 yang dikongsikan bersama orang ramai, pihaknya telah menerima hampir 6,000 maklum balas dan pendapat.


Maklum balas tersebut akan dibincangkan dan ditambah baik dalam sesi libat urus bagi Bajet 2023.

.

bottom of page