BAJET 2023: Belanjawan progresif, pacu pemulihan ekonomi negara
KUCHING, 8 Okt- Bajet 2023 adalah bajet yang progresif untuk bergerak pantas memacu pemulihan ekonomi negara. Demikian pandangan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengkomersilan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr. Dayang Affizah Awang Marikan. Beliau berkata Bajet 2023 sangat bertepatan dengan ekonomi negara khususnya dalam keadaan inflasi dan geopolitik negara. "Peruntukan RM372.3 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM40 bilion berbanding tahun sebelumnya walaupun dengan keadaan ekonomi dunia yang masih mencabar, adalah pendekatan yang positif" tambahnya. Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, Dr. Abdul Jabbar Abdullah pula berkata bajet yang dibentangkan menepati jangkaan. Belanjawan kali ini masih memberi fokus kepada pendidikan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menerima antara peruntukan terbesar iaitu RM55.6 bilion.
Comments