top of page
  • admin

Bajet 2023 sedia keseimbangan optimum bantu rakyat dan perniagaan


KUALA LUMPUR, 10 Okt- Bajet 2023 yang dibentang jumaat lalu menyediakan keseimbangan optimum untuk membantu rakyat dan perniagaan.


Inisiatif-inisiatif yang diumum juga akan membantu menggalakkan pemulihan yang lebih menyeluruh dan mampan.


Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd (Maybank), Datuk Khairussaleh Ramli berkata, bajet itu juga meletakkan asas untuk pembaharuan fiskal bermula dengan peralihan kepada subsidi yang disasarkan.


"Bajet 2023 juga menekankan langkah-langkah terbaharu yang akan diterima pakai oleh bank-bank di Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan seperti yang diumumkan baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya yang juga merangkap Pengerusi Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM)


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CIMB Group Holdings Bhd, Datuk Abdul Rahman Ahmad pula mengalu-alukan tumpuan pelbagai inisiatif untuk memberi manfaat kepada belia dan kumpulan B40.


Selain, mereka yang terlibat dalam ekonomi gig serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang membentuk tulang belakang ekonomi negara.


"Ia termasuk pelbagai insentif cukai, geran dan peluang pembiayaan melalui program seperti inisiatif iTEKAD oleh BNM," ujarnya.


Selain itu, peningkatan siling pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) kepada RM300,000 pula akan meningkatkan pemilikan dan penyertaan ekuiti bumiputera.


Bagi tempoh jangka masa panjang, inisiatif berkenaan akan membantu menjamin daya tahan kewangan.

bottom of page