top of page
  • newsatmy

Bakul Prihatin akan dilaksanakan semula, kali ini di Titiwangsa


KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Program Bakul Prihatin akan dilaksanakan semula khusus buat warga Parlimen Titiwangsa yang terdiri daripada golongan B40 dan yang terjejas pendapatan, akibat kesan pasca Covid-19 yang melanda negara.


Ketua Srikandi BERSATU Malaysia Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata program ini diharap dapat membantu, terutamanya golongan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal dan B40 yang tinggal di sekitar Titiwangsa.

“Negara sedang menjalani tempoh pasca Covid-19.

“Kita sedar ada mereka yang terkesan pendapatan pada masa ini, tambahan lagi dengan kenaikkan harga barang yang kian merisaukan pada masa ini.

“Dengan ini, Bakul Prihatin ini dilaksanakan semula dan ia diharapkan dapat membantu mereka,” katanya dalam kenyataan ringkas.


Bagi yang berminat, boleh mengisi pautan borang pendaftaran di sini https://forms.gle/o8cr1fmVzJhMdpou6

Pendaftaran yang berjaya akan dihubungi dengan kadar segera.



Commentaires


bottom of page