top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Banjir dahsyat di Sungai Lui sehingga terputus hubungan dari dunia luar

21 Disember 2021

Bencana banjir yang melanda Lembah Klang baru-baru ini telah memberi kesan mendalam kepada beberapa tempat di Shah Alam seperti Sri Muda, Seksyen 13 dan banyak lagi.


Pelbagai usaha telah dikerahkan untuk membantu mangsa di sana dan mengeluarkan mereka yang terperangkap akibat banjir.


Walau bagaimanapun dalam kekalutan membantu mangsa banjir, ada individu memaklumkan bahawa terdapat beberapa tempat yang terkesan dengan bencana ini dan masih belum menerima sebarang bantuan kerana kurang informasi mengenai kawasan tersebut.


“Ramai yang tak tahu apa jadi kat Sg Lui”


Menerusi perkongsian TikTok @daddyrul411 sehari yang lepas, kawasan Sg Lui di Hulu Langat telah mengalami kerosakan yang sangat teruk akibat banjir.


Melalui video yang dikongsikannya, perakam video memberitahu Sg Lui terputus hubungan daripada dunia luar akibat jalan yang rosak dan jaringan komunikasi juga terputus.


Disebabkan hal tersebut, tiada orang yang mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di kawasan itu.


Daripada video di atas korang dapat lihat, jalan utama di Sg Lui mendap dan pecah serta kenderaan dilihat terbalik di kiri dan kanan jalan. Allahu.. macam kena tsunami dah min tengok.


Penduduk tinggal sehelai sepinggang


Menurut Kosmo, keadaan pasca banjir di Sg Lui dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat amat teruk kerana kebanyakan rumah yang diperbuat daripada kayu dilihat hancur dibawa arus deras dan lebih 20 buah kenderaan dilihat tersadai dan bergelimpangan.


Akibat kemusnahan yang dasyat itu, penduduk hanya tinggal sehelai sepinggang dan dilaporkan seramai 4,318 keluarga daripada 11,598 mangsa banjir kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor.


“Hulu Langat paling lambat dapat berita, dah habis baru orang tau”


Perkongsian TikTok berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang sedih melihat situasi yang menimpa penduduk di Sg Lui, Hulu Langat.


Ramai yang mengakui tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di Sg Lui dek kerana terputus hubungan dengan dunia luar, namun ada juga yang memaklumkan anggota tentera kini sudah diturunkan ke kawasan tersebut untuk membantu.

bottom of page