top of page
  • admin

Banjir di Johor semakin pulih,8952 mangsa masih di 46 PPS


JOHOR BAHRU 21 Mac:Setuasi banjir di Johor semakin pulih dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan berbanding semalam.


Portal InfoBencanaJKM memaklumkan seramai 8,952 orang masih ditempatkan di 46 PPS setakat tengah malam tadi.


Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi adalah Sekolah Kebangsaan Seri Aman dengan 552 mangsa, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Li Chun dengan 522 mangsa. Sementara Dewan Orang Ramai Parit Yani menempatkan 437 mangsa.


Dalam pada itu, tiga sungai masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok, Empangan Sembrong di Sungai Sembrong dan Sungai Senggarang di Senggarang.

Σχόλια


bottom of page