Banjir di Melaka semakin pulih,hanya satu PPS dibuka
25Oktober-MELAKA
Keadaan banjir di Melaka semakin pulih selepas hampir kesemua mangsa di Pusat Penempatan Sementara (PPS) sebelum ini dibenarkan pulang ke rumah.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel PA Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang direkodkan hanyalah 17 orang sahaja.
Katanya, kesemua mangsa itu ditempatkan di PPS SK Durian Tunggal.
“PPS dalam Daerah Jasin dan Melaka Tengah telah ditutup kesemuanya dan yang tinggal hanya di PPS SK Durian Tunggal di bawah Daerah Alor Gajah.
Katanya lagi, daripada 15 PPS yang dibuka sebelum ini, 14 PPS ditutup secara berperingkat selepas keadaan banjir semakin pulih.
Untuk rekod, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan tiada hujan pada petang dan malam ini.
Comments