top of page
  • Writer's pictureNizam

Banjir Kedah: Fenomena air pasang akibatkan banjir semakin buruk

4 November

ALOR SETAR: Fenomena air pasang yang berlaku sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kota Setar dinaiki air, sekali gus menyebabkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat.

Jumlah terkini setakat jam 6 petang mencatatkan pertambahan jumlah mangsa 932 orang daripada 262 keluarga dipindahkan ke 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah.


Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, pertambahan ini menjadikan jumlah tujuh PPS di daerah Kota Setar diaktifkan.-Astro Awani

bottom of page