top of page
  • Farah

Banjir kilat di Johor: Jumlah PPS di tambah


JOHOR BAHRU,21 Ogos: Pusat pemindahan sementara (PPS) terkini telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, pada Sabtu malam. PPS SK Bukit Mutiara menempatkan 43 mangsa dari 17 keluarga.


Secara keseluruhan,dua pusat PPS dibuka di daerah Johor Bahru yang menempatkan 86 mangsa dari 29 keluarga.

Hujan lebat yang berpanjangan menyebabkan kawasan kediaman mereka di Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Kenangan di mukim Tebrau dinaiki air.


Sebuah lagi PPS yang telah dibuka, PPS di Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai menempatkan 43 mangsa dari 12 keluarga melibat banjir di Kampung Laut Batu 10, Skudai.

bottom of page