top of page
  • newsatmy

Vaksinasi Johor perlu disegerakan

27 Mei 2021

JOHOR BAHRU, kerajaan Johor akan meminta bantuan Kerajaan China dalam menambah kemudahan makmal ‘swab test’ Covid-19 di negeri ini melalui Datuk Seri Hihamuddin Onn yang merupakan Ahli Parlimen Sembrong dan Menteri Luar Negeri. Beliau berkata akan berbincang dengan pihak berkenaan di Cina untuk membantu Negeri Johor dalam mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi bagi kegunaan rakyat Johor. Walaubagaimanapun, beliau berkata persetujuan itu masih didalam sesi perbincangan Pengurusan Covid-19 negeri Johor perlu dibawa dan diusul dalam Kabinet dalam kadar yang segera. Perbincangan tersebut diadadakan secara atas talian dan maya dan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni yang juga merupakan ADUN Benut. Perbincangan itu turut disertai oleh beberapa orang Menteri Kabinet dari Johor, Ahli Mesyuarat Kerajaan Johor dan ADUN-ADUN kerajaan serta pembangkang di negeri Johor yang mengambil masa kira-kira tiga jam. Hal ini merupakan perbincangan yang pertama kali diadakan sebagai lanjutan daripada titah Tuanku Sultan Johor yang meminta wakil rakyat di Johor agar sama-sama berbincang untuk mencari satu penyelesaian yang lebih berkesan bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang semakin meningkat di negeri ini. Menurut Hasni di dalam ucapan awal di dalam perbincangan itu, kes Covid-19 di Johor memang agak tinggi tetapi masih didalam keadaan yang terkawal dan meminta agar semua pihak termasuk rakyat Johor memberi kerjasama terutama dalam pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan KKM. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Negeri Johor, merangkap Ketua Penerangan Bersatu Negeri Johor, YB Tuan Haji Muhd Solihan Bin Badri turut menyuarakan pendapatnya di dalam satu video berdurasi 4 minit. “Saya selaku Ketua Penerangan Bersatu Johor dengan ini memohon semua pihak, khusunya kepimpinan dan ahli Bersatu di setiap peringkat di Johor member kerjasama menjayakan apa juga program kawalan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Ini sesuai dengan keputusan Bersatu Johor menangguhkan sebarang aktiviti politik kerana mahu membantu kerajaan mengurangkan kesusahan dan masalah rakyat akibat Covid 19 ini.” Turut sama dibincangkan dalam perbincangan itu ialah program bantuan mengedarkan bantuan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan seperti mereka yang tidak berkemampuan dan hilang punca rezeki akibat daripada kesan pandamik ini. Selain itu, satu program khas dibawah Pekej Rangsangan Ekonomi Ikhsan Johor fasa 3 juga akan dilaksanakan. Setiap Adun di negeri ini akan diberikan peruntukan khas Covid 19 sebanyak RM50,000 seorang bagi melaksanakan aktiviti dan program bantuan untuk penduduk di kawasan ADUN masing-masing. Kes Covid-19 di Johor menduduki tempat ketiga tertinggi di Malaysia tetapi harus ditekankan bahawa beban tugas dan cabaran yang dihadapi oleh kakitangan kesihatan terutama frontliner amatlah besar dan semakin berat dari hari ke hari akibat kes yang terus meningkat saban hari. Disebabkan bekalan vaksin di negeri Johor masih belum mencukupi dan kadar pendaftaran vaksin juga sekitar 50 peratus sahaja, oleh itu semua pihak termasuk wakil rakyat, penghulu dan ketua kampong perlu mengambil inisiatif dalam mengadakan kempen agar rakyat mendaftar suntikan vaksin disamping dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. – PN Online




bottom of page