top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Bantuan bakul makanan bukti kerajaan prihatin

12 Julai 2021

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Ismail Sabri melakukan tinjauan dan pemantauan ke kawasan PKPD PPR Kerinchi serta menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di PPR Kerinchi.


Sebelum ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyumbang 2,000 bakul makanan kepada penduduk di sini manakala NGO menyumbang 750 bakul makanan. Ini tidak termasuk barangan lain seperti lampin bayi, susu bayi, lampin dewasa dan lain-lain.


Hari ini JKM menyumbang lagi sebanyak 500 bakul makanan.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada NGO atas komitmen yang berterusan dalam membantu rakyat kita.


"Kita faham dalam pandemik ini ramai rakyat yang kesempitan dari segi kewangan dan sebagainya walaupun kedai-kedai runcit (menjual keperluan asas) dibuka, namun bantuan-bantuan tetap diberikan dan dilaksanakan untuk mengurangkan beban rakyat kita,


"Terima kasih petugas-petugas, dan tidak lupa netizen dan rakyat Malaysia yang sentiasa peka dengan menyalurkan maklumat terkini tentang situasi semasa rakyat kita di luar sana untuk turut sama membantu kerajaan mengambil tindakan yang pantas menyalurkan bantuan," ujar beliau di laman Facebook nya.


Bagi penduduk yang terkesan dan memerlukan bantuan, boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Ahli Parlimen, pusat zakat, masjid dan surau.



--PN Online


bottom of page