top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Bantuan Buat Rakyat Ledang

7 Jun 2021

LEDANG: BERSATU Bahagian Ledang telah menyediakan beberapa bantuan kepada mereka yang memerlukan semasa pandemik Covid-19 ini.


Antaranya, pendaftaran vaksin melalui link yang disediakan. Ketua Cawangan & Ketua Penaja Cawangan perlu mengambil peranan menyebar luaskan pendaftaran vaksin.


Link utama ialah melalui MySejahtera. SRIKANDI Ledang juga akan membantu untuk pendaftaran vaksin melalui atas talian.


Seterusnya, Bahagian tidak menyediakan pengangkutan untuk penerima suntikan vaksin di PERSADA Johor Bahru, tetapi akan memberikan wang saku sebanyak RM100 sebagai sumbangan yang diuruskan oleh SRIKANDI Ledang.


Bagi penerima suntikan vaksin dalam Daerah Tangkak, pengangkutan adalah atas inisiatif sendiri.


Untuk kes kematian akibat COVID-19, keluarga mangsa akan menerima sumbangan RM100 daripada YB Ketua Bahagian untuk DUN Serom dan DUN Tangkak yang diuruskan oleh SUK en. Mohd Suhaimi Bin Alip.


Bagi DUN Gambir pula sumbangan disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Gambir, en. Ayop Bin Bani. Ketua Cawangan dan Ketua Cawangan Penaja boleh memaklumkan kes kematian akibat COVID-19.


Selain itu, bantuan Bakul Makanan bagi mangsa kontak rapat COVID-19 yang dikuarantin di rumah untuk DUN Serom dan DUN Tangkak diuruskan oleh SUK en. Mohd Suhaimi Bin Alip.


Sementara bantuan asnaf diuruskan oleh Pengerusi BPSK en. Zabridin Bin Hj. Ahmad. Untuk DUN Gambir pula diuruskan oleh Pegawai Khas ADUN Gambir En. Ayop Bin Bani.


Ketua Cawangan dan Ketua Cawangan Penaja dialu-alukan untuk memberikan bantuan tenaga menyampaikan bantuan kepada mereka dimana SRIKANDI Ledang juga akan bersama dalam program ini.


YB Ketua Bahagian akan menyumbang "goodies" kepada mereka yang menjalani "swab test" di Klinik Kesihatan Paya Mas berjumlah 200 bungkus pada hari Isnin dan Rabu setiap minggu yang diuruskan oleh Biro Pembangunan Sosial & Kebajikan (BPSK).


Seterusnya, Program Sanitasi untuk Masjid di DUN Serom dan DUN Tangkak berjumlah 34 buah akan diselaraskan oleh SUK en. Mohd Suhaimi Bin Alip.


YB Ketua Bahagian telah menyumbang mesin "Fogger" Sanitasi untuk kegunaan ARMADA Ledang mejalankan Program Sanitasi di DUN Gambir dan Parlimen Ledang.


Tumpuan akan diberikan kepada masjid dan surau serta rumah mangsa COVID-19 yang telah mendapat surat pelepasan KKM.


BERSATU Bahagian Ledang telah melantik en. A. Majid Bin Mahadi sebagai Pegawai Maklumat COVID-19 BERSATU Bahagian Ledang untuk penyelarasan segala data dan maklumat berkaitan COVID-19.


Segala pergerakan dalam pengagihan bantuan, penyerahan sumbangan, pendaftaran vaksin, program sanitasi dan lain-lain mestilah mematuhi SOP yang ketat dan arahan PKP 3.0 mengikut panduan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.



-PN Online

bottom of page