top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Bantuan Makanan Asas Kepada Penduduk Parlimen Bera

14 Jun 2021

Bantuan makanan asas telah diberikan kepada rakyat Parlimen Bera oleh Menteri Pertahanan, Dato' Ismail Sabri, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Sebanyak 862 beg makanan asas untuk diedarkan kepada 862 keluarga di kawasan yang diisytiharkan PKPD pada 10hb lepas.


Setakat ini, kerajaan sudah pun mengedarkan sebanyak 3,317 beg makanan asas kepada warga Bera yang terkesan dengan PKPD sebelum ini.


"Bila saya pulang sebentar ke Bera hari ini menghantar bantuan dan melihat kawasan yang di kenakan PKPD, ternyata kawasan kampung kesan nya sungguh terasa.


"Saya tidak berpeluang berjumpa orang kampung kerana faktor PKP, tetapi saya rindu suasana dulu boleh singgah di warung. Walaupun saya sibuk di Kota mengurus negara namun orang Bera takkan pernah saya sisihkan.


"Semangat anda semua penduduk Bera dan rakyat Malaysia merupakan pembakar sebenar semangat terus saya berjuang.


"Insya Allah, Pak Long doakan rakyat Parlimen Bera kekal selamat," kata beliau menerusi posting facebook miliknya.


Moga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.




--PN Online

bottom of page