• newsatmy

Bantuan Mangsa Banjir Orang Asli Negeri Johor 2021

10 Januari 2021

Syafiq


JOHOR BAHRU: Yayasan Johor Darul Takzim (YJDT) dengan kerjasama Persatuan Orang Asli Prihatin Johor (POAPJ) akan menggerakkan bantuan mangsa-mangsa banjir Orang Asli Negeri Johor yang akan dimulakan "Flag-off" daripada Stadium JDT, Johor Bahru.


Program ini dihadiri oleh YB Senator Dato’ Isa Ab Hamid selaku Ahli Dewan Negara Mewakili Orang Asli, Dato Ismail Karim, Lembaga Pengarah Kelab JDT dan Pengerusi Yayasan JDT, Dato Norazam.


Turut hadir ialah, Timbalan Pengarah JAKOA Johor, Tuan Badri dan En Chua Poh Kok yang merupakan Pengerusi Persatuan Pelancongan Johor.


Sumbangan yang diberikan kepada mangsa banjir seperti 1000 kampit beras dan barangan keperluan harian lain. Anggaran jumlah sumbangan yang diperoleh sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lima Ribu.


YB Senator Dato Isa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan misi kemanusiaan ini. Dengan bantuan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli yang terkesan akibat bencana banjir dan wabak Covid-19.



Misi kemanusiaan ini akan dimulakan di kawasan perkampungan Orang Asli di daerah Kluang. Iainya sebagai langkah awal diambil ekoran daripada keadaan cuaca yang tidak menentu dan sebarang kemungkinan akan berlaku.