top of page
  • newsatmy

Bantuan penyerahan kit makanan Parlimen Tangga Batu

14 Februari 2021

MELAKA – Program penyerahan kit makanan (NADMA) dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi golongan yang terjejas di parlimen Tangga Batu di Dewan Sungai Udang pada 13 Februari 2021 (semalam).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang juga merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah telah merasmikan dan menyerahkan sumbangan kit makanan kepada penerima.


Turut terlibat dalam program ini ialah Datuk Seri Utama IR TS Haji Idris bin Haji Haron yang merupakan ADUN Sungai Udang dan Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau.


Tuut hadir sama ialah, Senator Datuk Lim Ban Hong, Datuk Wira AR Haji Ismail bin Othman, Datuk Nor Azman bin Hassan dan pengerusi JPKK, Ketua Cawangan Umno bahagian Tangga Batu.


Kerajaan Malaysia telah menetapkan satu dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) yang mempunyai prasyarat utama kejayaan wawasan ini ialah kewujudan ekosistem ekonomi, politik dan sosial yang menyokong pertumbuhan ekonomi yang rancak dan mapan.


Hal ini termasuk pelbagai bentuk program dan inisiatif yang akan meningkatkan pendapatan golongan B40 yang amat memerlukan bantuan dan sokongan kerjaan. Menerusi wawasan ini, semua rakyat akan dapat menikmati taraf hidup kehidupan yang wajar (decent standard of living).


”Saya berharap, dengan 1000 kit makanan yang telah disumbangkan oleh pihak NADMA ini akan dapat meneruskan lagi usaha murni YB Adun Sungai Udang dan semua pihak yang terlibat dalam meringankan beban kepada golongan yang terkesan.” Kata Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.


Pendekatan ini bertujuan menyedarkan masyarakat yang mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesihatan dalam komuniti. Kehadiran anggota komuniti itu bukan untuk menghukum tetapi untuk memberi kefahaman secara lebih luas tentang normal baharu dan bahaya virus COVID-19.


Inisiatif ini amat penting kerana kita mahu memastikan rakyat malaysia memahami dan mengetahui langkah-langkah keselamatan yang kita gariskan untuk membendung wabak ini daripada berlanjutan.


Beliau berpesan agar sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta menggunakan hand-sanitizer kerana ketiga-tiga langkah ini dapat memberi impak besar atas penularan wabak COVID-19.


“Bersama-samalah kita jaga kita demi menjaga negara.” - PN Online




bottom of page