• newsatmy

Bantuan Prihatin Johor

9 Januari 2021

SEGAMAT: Bantuan untuk Fasa ke 5 tiba di Kampung Orang Asli Segamat Kecil Labis dengan bantuan jentera skuad sukarelawan Prihatin Johor yang diketuai oleh Dato'Dr.Sahruddin bin Jamal yang merupakan mantan Menteri Besar Johor juga ADUN Bukit Kepong.


Bantuan fasa 5 kali ini adalah berbentuk barangan keperluan makanan dan beberapa peralatan untuk pembersihan rumah yang terjejas disebabkan banjir yang melanda.


Turut hadir Ketua Bahagian Bersatu Labis Ahmad Huumaizin Bin Udin@uzir dan YB Senator Dato’ Isa bin Abd Hamid Ketua Bahagian Pontian yang juga merupakan Senator Orang Asli.


Pada sebelah petangnya pula, bersama-sama dengan Ketua Bersatu Bahagian Sembrong dan pasukannya ke Kahang untuk bergotong-royong membersihkan kawasan rumah mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda Negeri Johor baru-baru ini.


Pada hari Ahad, skuad Prihatin Johor akan berada di kawasan Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggara untuk misi bantuan mangsa banjir di daerah Pengerang.