top of page
  • cik skod

Banyak Rumah Kosong dan Terbiar diJepun

3 OKT

Antara masalah besar yang dihadapi oleh golongan muda adalah rumah dijual dengan harga yang melampau dan melebihi kemampuan mereka. Situasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ia terjadi di sesetengah negara diseluruh dunia.


Sebagai alternatif, ramai anak muda yang lebih memilih untuk menyewa atau menetap di rumah keluarga sebagai langkah penjimatan.


Lain pula situasinya di Jepun apabila negara itu mempunyai terlalu banyak rumah terbiar kerana tiada siapa yang mahu membeli atau menetap di situ. Lambakan rumah ini digelar sebagai ‘akiya’ di Jepun.


Di Jepun, permintaan untuk rumah di bandar wilayah, komuniti luar bandar dan kawasan pinggir bandar menurun. Hal ini terjadi kerana ramai yang lebih cenderung untuk menetap di bandar. Pada tahun 2013 sahaja, Jepun mempunyai 8.2 juta rumah kosong dan tidak didiami.


Apabila tiada permintaan, harga rumah yang terbiar ini akan merudum, ditambah pula dengan tiada insentif yang diberikan untuk mengambil rumah lama. Pihak kerajaan pula tidak boleh merobohkan rumah-rumah ini tanpa kebenaran pemilik.


Sebagai langkah pencegahan, sebuah laman web yang digelar ‘bank akiya’ digunakan untuk mempromosikan rumah-rumah terbiar ini kepada pembeli. Rata-rata rumah yang dijual berada dalam keadaan usang dan memerlukan renovasi.




Sesetengah rumah disenaraikan tanpa apa-apa kos untuk pembeli. Bagaimanapun, pembeli masih perlu membayar kos agen dan komisyen buat agen tersebut.

Untuk rekod, dijangka 20% rumah yang wujud di Jepun adalah rumah terbiar dan usang. Jadi, langkah ini digunakan oleh kerajaan Jepun untuk memastikan isu ini tidak berlaku.

Kredit: WeForum

bottom of page