• Arissa

Bapa Britney Spears kemuka permohonan lepaskan hak penjagaan

8 September 2021

JAMIE Spears, bapa kepada Britney Spears mengemukakan petisyen kepada mahkamah Los Angeles untuk mengakhiri hak penjagaan selepas 13 tahun terhadap penyanyi terkenal itu.


Jun lalu, Britney yang juga bintang pop tersohor dunia memaklumkan kepada pihak pengadilan bahawa hak penjagaan tersebut yang bermula pada 2008 adalah memeritkan buat dirinya.


Malah, penyanyi tersebut turut memfailkan dokumen memohon agar bapanya itu disingkirkan sebagai hak penjaga terutama dari segi harta bernilai AS$60 juta.


Jamie telah menyerahkan dokumen penguguran hak penjagaan pada Ogos.


Memetik laporan antarabangsa, dalam dokumen undang-undang terbaharu, Jamie memohon dan mengarahkan mahkamah untuk menamatkan secara keseluruhannya.


Katanya menerusi pengajuan terhadap mahkamah, Britney berhak memohon kepada mahkamah untuk mempertimbangkan dengan serius berkenaan hak penjagaan yang tidak diperlukan lagi.


Bagaimanapun, wakil dari pihak Jamie masih belum mengeluarkan kenyataan susulan.


Untuk rekod, Britney masih dibawah pengawasan profesional Jodi Montgomery yang menguruskan urusan perubatan dan peribadinya.


Sebelum ini masalah kesihatan mental penyanyi itu tidak pernah didedahkan secara terbuka.


Namun, kempen yang dijalankan oleh peminatnya menerusi kempen #FreeBritney menuntut hak kebebasannya dari segi undang-undang telah membebaskan beliau daripada hak penjagan bapanya.


Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Brenda Penny menjadualkan perbicaraan semula kes tersebut pada 29 September ini.