top of page
  • zaman

`Baru mukadimah MP DAP dah naik angin’


KUALA LUMPUR 27 Feb: Pentas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berbahas mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 diganggu oleh Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru).


Bayan Baru mencelah dengan mendakwa Ahli Parlimen Larut hanya sembang kosong tanpa mendedahkan sebarang fakta ketika berbahas.


Bagaimanapun, Hamzah dengan tegas meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul untuk menghentikan celahan Sim kerana tidak menghormati sidang.

“Tuan Yang Dipertua, kalau macam ini cara dia (Bayan Baru), saya minta dia duduk.”


Sim yang tidak berpuas hati terus mempersoalkan kredibiliti pembangkang untuk mengemukakan belanjawan bayangan bukan mengkritik belanjawan kerajaan.


“Sampai sekarang, pembangkang tak kemukakan cadangan belanjawan bayangan, sampai sekarang tak buat kerja, kalau nak jadi pembangkang yang konstruktif, bawalah belanjawan bayangan.

“Ada Putrajaya yang incharge (bertanggungjawab) patutnya tapi tak bawa, ada juga Tasik Gelugor yang cerdik pandai.”


Namun, Larut menempelak bahawa isi ucapannya hanya sekadar pendahuluan.

“Baru mukadimah pun dah naik angin, ini kerajaan perpaduan macam mana, saya baru nak masuk tentang pasaran ekonomi baharu, tak sempat-sempat, yang dia takut sangat apa pasal.

“Dia belum tahu apa yang saya nak sampaikan, apa yang saya nak sampaikan bahawa kami di sini ialah sesuatu kumpulan yang nak tengok semak imbang apa yang disampaikan oleh kerajaan.


“Jadi kalau Yang Amat Berhormat Tambun boleh membaca bermacam-macam ayat al-Quran dengan menggunakan segala falsafahnya, apa salahnya juga pembangkang melalui saya bermula dengan pendahuluan seperti ini.”


Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) turut bangun ingin mencelah, namun tidak dibenarkan oleh Larut.


Dewan Rakyat kembali tenang apabila Datuk Johari Abdul tidak melayan permintaan Sim dan sebaliknya meminta Hamzah meneruskan perbahasannya.

“Duduk dulu, Larut tak bagi lagi,” katanya.

bottom of page