• Matha

Batal HSR Demi Maruah Negara

Updated: Jan 18


Awal tahun 2021 secara rasmi menyaksikan hasrat rakyat Malaysia dan Singapura untuk melihat projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibina, tidak akan kesampaian.


Ia selepas kedua-dua kerajaan dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa perjanjian HSR sudah luput pada 31 Disember 2020, sekali gus projek sepanjang 350 kilometer (km) itu, terbatal secara sendirinya.


Beberapa siri rundingan antara kedua-dua kerajaan berhubung beberapa perubahan, namun akhirnya tetap gagal mencapai kata sepakat.


Sebelum itu beberapa siri penangguhan perjanjian telahpun dibuat sejak Singapura dan Malaysia menandatangani Perjanjian Dua Hala (BA) HSR pada 2016.


Akhirnya projek mega itu tidak menjadi realiti, namun apakah yang boleh kita pelajari berkenaan Projek HSR?


Cadangan Projek HSR telah dikemukakan kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Singapura pada tahun 2010.


Kerajaan Malaysia dan Singapura secara rasminya bersetuju untuk membina HSR melalui rundingan antara Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak di Singapura pada Februari 2013

Projek tersebut akan dilaksanakan melalui Perjanjian Dua Hala yang ditandatangani bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada Disember 2016.



Pada Mei 2018 telah berlaku perubahan kerajaan setelah kerajaan Barisan Nasional tewas buat julung kalinya pada PRU 14,maka terbentuk kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir mohammad dilantiki Perdana Menteri menggantikan Tan Seri Najib Razak.


Pada Mei 2018 Tun Dr Mahathir telah membuat keputusan untuk membatalkan HSR

Dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta.Walaubagaimanapun ia akan mengambil sedikit masa kerana mempunyai perjanjian dengan Singapura


Surat penangguhan dari kerajaan Malaysia kepada Singapura dimenterai pada September 2018 sehingga 31 Mei 2020 . Surat itu ditandatangani oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sekitar April 2020, cadangan perubahan Projek HSR telah dibentangkan kepada Kabinet, sebelum penangguhan projek dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.


Menurut sumber tertentu cadangan perubahan mengenai projek tersebut diserahkan kepada Singapura pada Jun 2020, sebelum ia dibincangkan dengan Republik itu pada Ogos lalu.

Pada Oktober 2020 pula, cadangan perubahan terbaharu HSR sekali lagi dibentangkan ke Kabinet.


Kesan buruk kepada negara antaranya, kos yang tinggi sehingga boleh mencecah RM80 billion dan tidak berdaya maju.



Perjanjian Dua Hala (BA) ditandatangani pada 13 Disember 2016

Menerusi perjanjian tersebut, Projek HSR KL-Singapura akan dibuka kepada lapan stesen iaitu Singapura melibatkan Stesen Jurong Timur, manakala Malaysia - Bandar Malaysia; Putrajaya; Seremban; Ayer Keroh; Muar; Batu Pahat; dan Iskandar Puteri.


Bagaimanapun, sumber memaklumkan susulan impak COVID-19, terma-terma di dalam Perjanjian Dua Hala tersebut tidak lagi berdaya maju bagi perspektif ekonomi Malaysia.

Ia kemudian disahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menerusi kenyataan pada Jumaat (1 Januari).


Menurut Mustapa, kerajaan Malaysia telah mengemukakan beberapa cadangan perubahan bagi mengurangkan kos keseluruhan projek ini.


Cadangan-cadangan tersebut termasuklah perubahan kepada struktur projek, jajaran dan reka bentuk stesen.


"Struktur projek yang asal memerlukan jumlah Jaminan Kerajaan (Government Guarantees) yang besar dan untuk tempoh yang panjang.


"Cadangan struktur projek yang baharu ini juga akan memberikan kerajaan fleksibiliti dalam memilih opsyen pembiayaan projek termasuklah melalui kaedah pembayaran tertangguh, usaha sama awam dan swasta serta kemungkinan mendapatkan akses kepada pembiayaan pada kadar yang munasabah," demikian kata beliau.


Baru baru ini, mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat projek HSR perlu dibatalkan kerana ia bukanlah satu projek yang penting. Menurutnya negara boleh tunggu 20 tahun lagi untuk teruskan projek tersebut.