• newsatmy

Bekalan air di 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak pulih

9 April 2021

KUALA LUMPUR: Kesemua 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang mengalami gangguan bekalan air berjadual pulih sepenuhnya pada jam 8.15 malam ini.


Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air itu berikutan kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju.


Sebelum ini, 56 kawasan pulih setakat jam 6 petang tadi kecuali Bukit Bandaraya dan Taman Bandaraya.


Air Selangor berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut, menurut kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu, Air Selangor memohon pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan segera.


Pengguna turut disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk aplikasinya, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.


-- BERNAMA

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.