top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Bekas pemain Wallaby Kefu cedera ditikam

16 Ogos 2021

SYDNEY: Pemenang Piala Ragbi Dunia dan jurulatih kebangsaan Tongsa, Toutai Kefu dilaporkan cedera akibat ditikam di bahagian perut dalam kejadian pecah rumah di rumahnya awal Isnin.


Menurut laporan media Australian, kejadian berlaku di rumahnya di Brisbane.


Kefu, 47, dikejarkan ke hospital bersama tiga lagi ahli keluarganya selepas insiden berkenaan, lapor Australian Broadcasting Corp.


Polis Queensland berkata dalam satu kenyataan, empat penghuni di rumah berkenaan dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan manakala salah seorang daripada mereka, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an, dalam keadaan kritikal.


"Dua lelaki telah ditahan susulan kejadian pecah rumah di Coorparoo pagi ini.


"Siasatan awal mendapati beberapa lelaki telah memasuki rumah terbabit dan empat individu di dalam rumah itu cedera selepas berlaku pergelutan," kata kenyataan itu.


Kefu yang memakai jersi nombor lapan merupakan pemain tunggak Wallabies semasa zaman kegemilangan pasukan ragbi Australia selain menjadi pemain utama yang membantu negara berkenaan memenangi Piala Dunia 1999.


Dia dilantik sebagai jurulatih Tonga dan berjaya membawa pasukan berkenaan ke peringkat akhir Piala Dunia Ragbi 2019.




--AWANI

bottom of page