• Nihaba

Belanjawaan 2022,Rm332.10 Bajet tertinggi dalam sejarah

29 Oktober

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu RM233.5 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan.


Sementara itu katanya, RM23 bilion lagi di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangkaan.

"Sungguhpun ini merupakan bajet mengembang, defisit fiskal 2022 diunjurkan berkurang kepada 6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 6.5 peratus pada tahun 2021," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.