• newsatmy

Belanjawan 2021 Mungkin Ditolak Pada Bacaan Kali Ke-3?



Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh menteri kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz di dewan Rakyat pada 6 November lalu telah diluluskan pada peringkat dasar dan jawatankuasa.


Belanjawan 2021 menjurus kearah membantu rakyat yang terkesan akibat wabak yang sedang melanda iaitu Covid-19 seperti membantu golongan yang hilang pekerjaan, golongan peniaga terutamanya IKS dan apa jua aktiviti yang terjejas.


Belanjawan 2021 dianggap belanjawan yang sangat perhatin di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Namun ada kedengaran ia akan tetap akan ditolak pada bacaan kali ketiga minggu hadapan.Penolakkan belajawaan mungkin bukan hanya dari pihak pembangkang tapi juga akan ada dari ahli parlimen pihak kerajaan.


Belanjawaan mungkin ditolak atas alasan dua faktor utama iaitu KWSP dan moraterium.


Menurut Landrew Harding, penulis buku Law, Goverment and The Constitution in Malaysia, bacaan kali ke tiga hanyalah formaliti, ia sekadar untuk menyempurnakan kelulusan rang undang-undang selepas melalui perbincangan terperinci diperingkat jawatankuasa.


Ahli-ahli dewan rakyat perlu berbincang setiap perincian dalam rang undang-undang pembekalan dan jadual yang berkait bagi melihat jika ada sembarang pindaan dan penambahbaikan.


Jika ada pihak yang menolak dalam bacaan kali ke tiga,selepas semua proses muafakat terlaksana, ia adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.


Lebih-lebih lagi belanjawaan 2021 dirangka untuk mengatasi cabaran Covid-19 yang sedang melanda rakyat dan negara.


Jika alasan menolak belanjawan ini untuk menjatuhkan Pedana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mencadangkan Pedana Menteri baharu, rakyat akan melihat bahawa apa yang ahli parlimen ingin lakukan hanyalah bermotifkan politik, perebutan kuasa demi servival politik kepartian, ada agenda peribadi dan akhirnya rakyat akan meluat dengan kerenah ahli politik.


Jika desakan menolak hanya kerana mahu pilihanraya umum disegerakan, ia satu pengkhianatan terhadap rakyat yang sedang sengsara akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia pada masa ini.


Rakyat tidak bersedia untuk mengambil sebarang risiko lonjakkan penyebaran wabak akibat pilihanraya seperti apa yang telah berlaku di Sabah September lepas.


Jika berlaku juga penolakkan belanjawan, politik negara mungkin tidak akan stabil, ekonomi negara juga sedang merundum dan rakyat terabai manakala pemimpin sibuk berpolitik sedangkan mereka patut berkerja keras untuk memulihkan ekonomi negara.


Diharap anggota dewan rakyat lebih mengutamakan masalah negara dan rakyat dan seterusnya menepikan kepentingan politik dan peribadi dalam keputusan ini.



Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.