Arissa Azman
Belanjawan 2022 utamakan kepentingan rakyat - Zolkifly
1 OKTOBER 2021

ADUN Teluk Bahang merangkap Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau, YB Zolkifly bin Md Lazim berkata, Belanjawan 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan baru-baru ini merupakan bajet paling besar dalam sejarah negara.
Walaupun begitu, bajet berfokus itu menepati masa dan keadaan pada ketika negara menghadapi pendemik dan RMK12.
Melalui kenyataan media beliau bertarikh 1 November 2021, Belanjawan itu juga bersifat komprehensif dengan mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kaum yang mampu mencerminkan inpirasi rakyat.
Disamping itu, belanjawan itu jelas menunjukkan usaha-usaha kerajaan Keluarga Malaysia yang mempunyai tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak.
Beliau turut menyuarakan rasa gembira kerana pembentangan bajet Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera kali ini merupakan kesenambungan inisiatif-inisiatif atau bantuan yang telahpun dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.
Berdasarkan bajet kali ini, kerajaan bukan sahaja terus menumpukan perhatian kepada
golongan peniaga yang terkesan dengan memperkenalkan dana-dana dan pinjaman tanpa
faedah dan menambahkan perlindungan kesihatan kepada golongan sasaran tetapi
meneruskan komponen penting yang ditunggu oleh rakyat iaitu Bantuan Keluarga
Malaysia(BKM).
"Saya percaya selaku wakil rakyat dan pemimpin tempatan, saya akan terus membantu
menjadi agen menyampaikan dasar-dasar kerajaan terus kepada rakyat terutama dalam fasa
peralihan pendemik kepada endemik,
"Terima kasih dan tahniah kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri atas bajet berkenaan yang peka dan memenuhi hasrat rakyat seluruhnya," tambahnya.