• newsatmy

Beri peluang pelajar, guru biasakan PdPR

27 Januari 2021

sumber: Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian bakal menjejaskan silibus dan penjadualan sistem pendidikan negara dalam tempoh tertentu.


Namun, perkara itu bukan memberi kesan jangka masa panjang, sebaliknya bersifat sementara waktu sahaja.


Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Kurikulum dan Pengajaran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Fazilah Razali meminta agar semua pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar serta guru membiasakan pendekatan tersebut.


"Kaedah PdPR ini tidak dinafikan akan meninggalkan kesan kepada pelajar termasuk berdepan dengan gangguan silibus dan penjadualan yang ketara buat masa terdekat.


"Namun, saya percaya ini merupakan permulaan untuk tujuan penyesuaian dan apabila mereka sudah biasa, perkara ini bukanlah jadi masalah lagi kepada mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.


Dalam pada itu, Fazilah berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka kepada kumpulan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


"Ini kerana, saya melihat golongan tersebut masih memerlukan cara konvensional dimana lebih terarah kepada keadah pembelajaran melibatkan sentuhan fizikal.


"Walau bagaimanapun, saya nampak inisiatif guru bukan sahaja guru pendidikan khas, malah guru Pra Sekolah juga mula melaksanakan PdP dengan mengetengahkan gambar mereka dalam menyediakan video untuk setiap subjek tertentu.


"Dengan cara itu, ia lebih menarik perhatian kumpulan ini dan boleh dilaksanakan secara dalam talian sama ada secara langsung ataupun tidak," katanya.

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.