• newsatmy

Berlakunya gempa bumi sederhana gegar utara Laut Maluku, Indonesia

24 Febuari 2021

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.25 pagi ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 138 kilometer (km) selatan dari Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.


Gempa bumi itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – BERNAMA





Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.