top of page
  • newsatmy

BERSATU Bahagian Johor Bahru Adakan Pertemuan Dengan Timbalan Presiden.

4 Mac 2021


KUALA LUMPUR 4 Mac – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Johor Bahru mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.


Pertemuan selama sejam itu diketuai Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Johor Bahru, Razrul Anwar Rosli dan turut dihadiri wakil-wakil BERSATU melibatkan lima cawangan serta Ketua Srikandi Muda Negeri Johor, Nur Najihah Abdul Halim.


Dalam pertemuan itu, Razrul berkata, pihaknya menyampaikan maklumat terkini mengenai cawangan-cawangan yang sah dan berdaftar di bawah bahagian Johor Bahru.


“Kita juga menjelaskan bahawa cawangan-cawangan yang sah ini telah membuat persiapan rapi untuk bekerja keras bagi membantu jentera pilihan raya akan datang.


“Dari pertemuan itu Timbalan Presiden menyatakan rasa puas hati dengan persediaan yang kita lakukan dan seterusnya memberi beberapa nasihat untuk wakil-wakil yang hadir,’’ katanya.

bottom of page