top of page
  • zaman

BERSATU berkembang, ada kekuatan dalam tempoh 6 tahun


KUALA LUMPUR, 10 Sept – Dalam tempoh enam tahun sahaja, BERSATU telah berkembang dengan baik dan mempunyai kekuatan serta daya tarikannya tersendiri.


Setiausaha Agung BERSATU Malaysia Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata hasil sokongan serta dokongan ahli-ahli BERSATU, parti ini berjaya untuk mempertahankan prinsip serta reputasi baiknya di mata hati rakyat yang sentiasa melihat BERSATU sebagai parti yang merangkul perpaduan, menegakkan kebenaran dan menjulang amalan urus tadbir yang berintegriti.

“Selamat menyambut ulang tahun Parti Pribumi BERSATU Malaysia yang ke-6.

“Syukur ke hadrat Allah SWT dalam tempoh 6 tahun sahaja, parti ini telah berkembang dengan baik dan mempunyai kekuatan serta daya tarikannya tersendiri.

“Hasil sokongan serta dokongan ahli-ahli BERSATU, parti ini berjaya untuk mempertahankan prinsip serta reputasi baiknya dimata hati rakyat yang sentiasa melihat BERSATU sebagai parti yang merangkul perpaduan, menegakkan kebenaran dan menjulang amalan urus tadbir yang berintegriti.

“Semoga Allah SWT kurniakan kekuatan dan kebijaksanaan kepada semua ahli BERSATU untuk meneruskan agenda untuk berjuang demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

bottom of page