top of page
  • StrangePlay

BERSATU Johor henti aktiviti politik, fokus tangani wabak.

25 Mei 2021 Melihatkan situasi semasa krisis pandemik COVID-19 yang semakin meruncing di negeri Johor, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor telah hadir ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Pasir Gudang bagi menyalurkan bantuan kepada individu positif COVID-19 yang sedang menjalani proses kuarantin mereka.


Susulan peningkatan mendadak kes harian, lebih kurang 1100 individu positif COVID-19 telah ditempatkan di PKRC Pasir Gudang bagi menjalani proses kuarantin, meletakkan premis tersebut hampir penuh kapasiti.


Bagi meringankan beban barisan hadapan yang bertugas, BERSATU Johor turun padang memberi bantuan makanan, barang keperluan serta kelengkapan kesihatan.


Menurut YB Tuan Haji Rasman Bin Ithnain, ADUN Sedili yang juga merupakan Ketua Sekretariat, siri bantuan ini akan diteruskan dengan tinjauan terhadap golongan warga emas di Kempas. Beliau juga menyatakan mana-mana pihak yang terlibat dalam menyampaikan bantuan boleh menghubungi talian telefon yang disediakan bagi mendapatkan sumber bantuan yang telah dimohon. -PN Online


bottom of page